Pages

Saturday, June 15, 2013

KEPENTINGAN BERTUDUNG

                                                




Tengah godek godek buku tadi terjumpa la artikel ni " KEPENTINGAN BERTUDUNG " .. Bertudung ni adalah wajib bagi wanita untuk menutup aurat mereka ... Bertudung ni wajib bagi setiap wanita muslim di sesebuah negara islam,, tetapi ada juga yang ingkar untuk bertudung ni,, kenapa susah sangat ke nak pakai tudung? Nampak wanita wanita lain tak susah pun kan? Tapi bagi Wan wanita ni lebih cantik bertudung dan lebih teserlah keayuannya,, 


                                         


Ada sebuah cerita yang Wan nak kongsikan bersama,, cerita ni mengisahkan seorang anak yang sedang meningkat remaja bertanyakan soalan kepada ayahnya,, "Ayah-Ayah kenapa saya perlu memakai tudung? Adakah bertudung ni wajib untuk wanita kat dunia ni Ayah?..... " Ayahnya memandang remaja tadi dengan tersenyum lalu si Ayah tadi menjawab pertanyaan anaknya itu... " Anakku kenapa allah sembunyikan emas dan berlian jauh di dasar bumi?.... "... Lalu si anak tadi menjawab " Entah "... Allah sembunyikan emas dan berlian jauh di dasar bumi kerana ianya adalah sesuatu yang cantik ,, menarik ,, dan menarik ramai pemerhati".... Sesiapa yang mahu hasil nya perlulah berusaha untuk memilikinya...  Sama juga seperti wanita,, Allah perintahkan wanita agar menutup auratnya kerana aurat nya adalah sesuatu yang sangat bernilai dan menarik... Jika wanita itu tidak melindungi auratnya ,, siapa lagi yang perlu diharapkan lagi....





Setakat ini saja entry nya buat kali ini,, SEKIAN...


CIRI-CIRI REMAJA MEROKOK

PRESTASI SEKOLAH


i.  Sering pontang sekolah..
ii. Sering gagal menyiapkan kerja sekolah..
iii. Sering bergerak secara berkumpulan..
iv. Jarang membabitkan diri dalam aktiviti sekolah..
v. Prestasi akademik lemah..
vi. sering terbabit dengan vandalisma..


AKTIVITI LUAR SEKOLAH


i. Sering melepak secara berkumpulan..
ii. Melakukan vandalisma..
iii. Melakukan jenayah kecil..


PENAMPILAN DIRI


i. Sentiasa kelihatan comot dan selekeh..
ii. Nafas bebau rokok..
iii. Rambut berbau rokok..
iv. Pakaian berbau rokok..
v. Warna kekuningan pada gigi..
vi. Bibir kering dan lebam..
vii. Sering batuk-batuk


LATAR BELAKANG KELUARGA


i. Keluarga bermasalah..
ii. Ibubapa berpendidikan rendah...
iii. Tinggal di kawasan setinggan atau rumah awam kos rendah
     seperti rumah pangsa dua bilik..
iv. Ibubapa atau keluarga tua di rumah merokok..
v. Ibubapa sering sibuk..
vi. Ibubapa kurang mengambil tahu perihal anak..
vii. Jarang berkumpul atau melakukan sesuatu bersama..

Kesan Rokok Kepada Yang Tidak Merokok

Kemudaratan rokok bukan sahaja pada si perokok, tetapi ia turut memudaratkan pada orang lain yang idak merokok...

Menurut analisa yang dilakukan oleh Dr. Aj Wells dari pertubuhan Paru-Paru Amerika " Mereka yang tidak merokok juga akan menghadapi risiko yang tinggi untuk menghidapi lain-lain jenis kanser seperti kanser sinus dan hidung, kanser otak, penyakit jantung, bronkitis dan emphysema yang berterusan...

selain itu beliau juga menyatakan fakta-fakta yang ditemui melalui kajiannya:-

A.Wanita yang tidak merokok , apabila berkahwin dengan perokok adalah tiga kali ganda terdedah kepada serangan jantung daripada mereka yang berkahwin dengan lelaki yang tidak merokok...

B. Risiko bayi kecil menghidap penyakit paru-paru bronkitis atau pneumonia dalam tahun pertama kehidupannya adalah sekali ganda apabila ibubapanya merokok...

C. Satu kajian mendapati sejumlah besar nikotin di dalam badan kanak-kanak di jepun terdiri dari kalangan keluarga yang tidak merokok .. Ini adalah disebabkan kanak-kanak tersebut tersedut asap daripada pelawat-pelawat yang mengungjungi rumah mereka atau di tempat awam yang dipenuhi dengan asap rokok...

D. Keupayaan membaca pada kanak-kanak yang berusia tujuh tahun yang ibubapanya merokok, mundur enam bulan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang ibubapanya tidak merokok.....

MEROKOK PUNCA PENAGIHAN DADAH DAN AIDS




Mengikut kajian Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Fakulti
Sains Kemasyarakatan dan Kemanisiaan UKM yang telah
mensasarkan kajian pada sekumpulan 884 pelatih pusat serenti
di seluruh negara dan hasilnya menunjukkan   99  % daripada
mereka bermula sebagai perokok sebelum terjebak dalam dadah.
Malah sesetegahnya merokok seawal usia 12 hingga 13 tahun..

Ini menunjukkan hubungan tabiat merokok mempunyai
kecenderungan untuk mengambil dadah dan seterusnya terdedah
kepada Aids..

Begitu juga kebanyakan pelajar yang bermasalah terdiri daripada
pelajar yang merokok.. Apabila pelajar terlibat dengan tabiat
merokok,, sudah pasti mereka memerlukan wang untuk membeli
rokok.. Di manakah punca mereka boleh mendapatkan wang??
Jalan mudah bagi mereka memperolehi wang adalah mengugut
pe;ajar yang lemah untuk mendapatkannya.. Mereka juga
berkemungkinan besar akan mula terlibat dengan penipuan dan
mencuri wang ibu bapa atau rakan mereka.. dari sini lah
berlakunya gejala samseng...

Penampilan pelajar yang merokok akan berubah sedikit demi
sedikit ibarat rumput yang diracun dengan rondap ( mati
perlahan - lahan ).. Mereka yang menutup aurat pada peringkat
awalnya akan mula membuka aurat.. Pakaian mereka tidak ubah
seperti sarung nangka dan kadang - kadang menggelebeh... Jalan
mereka seperti singa tempang dan kelakuan mereka tidak ubah
seperti monyet kena belacan... Nilai atau sifat malu mereka sudah
semakin kurang.. Mereka akan melakukan apa sahaja menurut naluri
dan bisikan iblis..